BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Sunday, September 6, 2009

jom tonton...cara pakai serban..

Bismillah..

Memakai serban merupakan pakaian Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam dan orang-orang arab sebagaimana yang banyak diriwayatkan di dalam hadith-hadith sahih. Diperbolehkan kita memakainya, sebagai meniru cara Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam memakainya. Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam tidaklah sentiasa memakai serban, dan adakalanya baginda memakai qalansiwah tanda serban.Maka memakai serban sunnah adat,bukan bermaksud sunnah tasyri'(yang disyariatkan).

Khilaf di kalangan para ulama' mengenai perbuatan meniru Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam di dalam pemakianan serban. Ini adalah kerana hadith-hadith yang menyatakan fadhilat memakai serban adalah dhaif. Tetapi ia tidak menghalang kita untuk mencontohi cara pemakaian menurut sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam. Baginda menamakan serbannya dengan nama Al-Sahaab (awan), baginda memakainya dan dibawah serbannya dipakai kopiah, dan adakala baginda memakai kopiah tanpa serban, dan adakalanya memakai serban tanpa kopiah, dan adakalanya baginda merendahkan serbanya diantara bahunya sebagaimana riwayat Shahih Muslim dan Amru bin Harith.

Berkenaan ekor serban, ianya hanyalah adat dan bukannya ibadat. Imam Al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa memanjangkan sedikit ekor serban diperbolehkan sebagaimana beliau telah mensyarahkan didalam Syarh al-Muhazab.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails