BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Thursday, December 31, 2009

Akhirnya!!

Assalamualaikum sahabat2 seluruh dunia!


Akhirnya!!

Akhirnya!!!

Akhirnya!!!!

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah, hari ini dalam sejarah 31/12/2009 ana telah berjaya lulus ujian memandu bagi kelas D (KERETA). Tuhan saja yang tahu betapa gemberinya hati ini bila dah lulus ujian kereta. Sekarang, otak dah lapang nak balik ke Kole Lipis ahad nieh! Hehe.. Institut Memandu Ekonomi Ceria Temerloh tempat ana menguji kemampuan ana untuk memandu kereta.

Nak tampal kat mane stiker "P" ni? Kereta sendiri tak der lagi.. Haaa.. kereta abah lah yang jadi mangsa..

Nak tau tak kenapa ana gembira sangat??

Banyak perkara yang membuatkan ana happy sangat hari ni.. Antaranyakan :

1. Sebelum ni hajat nak buat lesen tertangguh kerana ada kem selama 3 minggu. Hari ni hajat dah tertunai.

2. Pada 29/12/2009, ana kandas dalam ujian yang pertama. Gagal parking dan jalan raya. Time tu memang mental down giler. Frust! Alhamdulillah, sokongan family especially abah dan umi buat ana semangat semula. Tak luper jugak Uncle Tan Kee, cikgu, pegawai JPJ dan akak di kaunter IM Ekonomi Ceria.

3. Selama seminggu ni ana naik turun pejabat JPJ untuk mempercepatkan ujian kerana ana dah kesuntukan masa. Berapa hari saja lagi nak masuk maktab. So, Tuan Hj Lokman Ketua JPJ Temerloh dah kenal sangat dengan ana.. Hehe.. Memang ana respect dengan Tuan Hj, orangnya sangat berbudi bahasa.. patutlah pekerja disitu sangat menghormatinya. Letih taw sahabat2 naik turun pejabat. Berurusan dengan pihak atasan perlu tggu giliran, pergi ke pejabat makan masa 15 minit dan banyak lagi kerenah birokrasi yang lain (lebih kurang kat maktab laa..).

4. Sebelum pergi ujian, Abah bagi RM 250 pada ana. Abah cakap kalau lulus ujian hari ni kira Abah belanja Along, kalau gagal Along bayar balik kat Abah. Fuhh! memang memotivasikan ana untuk berjuang mendapatkan "P". Motivasi ekstrinsik ke intrinsik ye? ana dah lupa.. huhu

5. Kalau dah ada lesen baru boleh memikirkan tindakan mencari kereta idaman..


Akibat terlalu happy sehingga tahap kritikal, pada sebelah malamnya ana belikan satay 60 cucuk khas untuk FAMILY!! Jom makan.. Hehhehe.. Ok sahabat2, ana nak sambung makan satay semula, kalau sejuk tak sedap dah kan.. Nyum2.. Bismillahirrahmanirrahim, ngarp.. ngarp.. ngarp!!

Selamat malam, lailantoiyyiban..

Tuesday, December 29, 2009

12.00 tengah malam 1/1/2010..

Berdentum-dentam bunyi mercun kononnya tanda permulaan bagi tahun baru masehi. Begitulah saban tahun apabila tibanya tahun baru. Semacam menjadi budaya masyarakat Malaysia apabila tibanya tahun baru maka akan diadakan sambutan tandanya kita telah mengorak langkah memasuki tahun baru.


Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai pihak sanggup menjadi penaja kepada sambutan tahun baru ni. Konsert (Gambar diatas antara salah satu konsert dalam berjuta konsert didunia), perlumbaan kereta bermula jam 12, karnival, sukaneka, letupan mercun, berpesta, berdansa, arak, zina, rogol, rompak, rempit, gaduh, merosakkan harta benda awam dan macam2 lagilah perkara yang berlaku untuk sampai kepada kemuncaknya (12 tengah malam). Paling ramai buat benda2 macam tu orang Melayu yang tertera di IC masing2 beragama Islam. Negara Islam contohkah kita?? Tepuk dada tanya iman kita.

Pada malam tahun baru mat rempit ditugaskan menjadi pengawal lalu lintas dan mereka diberi kain pelikat sahaja sebagai petugas


Botol arak bersepah2 dimerata-rata tempat.. Dan2 je ade botol milo kat situ..

Sesungguhnya di antara konsekwensi terpenting dari sikap membenci orang-orang kafir ialah menjauhi syi’ar dan ibadah mereka. Sedangkan syi’ar mereka yang paling besar adalah hari raya mereka, baik yang berkaitan dengan tempat mahupun waktu. Maka orang Islam berkewajiban menjauhi dan meninggalkannya.

Ada seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah s.a.w untuk meminta fatwa kerana ia telah bernazar memotong haiwan di Buwanah (nama sebuah tempat), maka Nabi s.a.w menanyakan kepadanya (yang ertinya) : "Apakah disana ada berhala, dari berhala-berhala orang Jahiliyah yang disembah?” Dia menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya, “Apakah di sana tempat dilaksanakannya hari raya dari hari raya mereka?” Dia menjawab, “Tidak”. Maka Nabi bersabda, “Tepatillah nazarmu, kerana sesungguhnya tidak boleh melaksanakan nazar dalam maksiat terhadap Allah dalam hal yang tidak dimiliki oleh anak Adam”
[Hadits Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sesuai dengan syarat Al-Bukhari dan Muslim]

Hari raya mereka bagi umat Islam haruslah seperti hari-hari biasanya, tidak ada hal istimewa atau khusus yang dilakukan umat Islam. Adapun jika dilakukan hal-hal tersebut oleh umat Islam dengan sengaja maka pelbagai golongan dari salaf dan khalaf menganggapnya makruh. Sedangkan pengkhususan seperti yang tersebut di atas maka tidak ada perbezaan di antara ulama, bahkan sebagian ulama menganggap kafir orang yang melakukan hal tersebut, kerana dia telah mengagungkan syi’ar-syi’ar kekufuran.


Segolongan ulama mengatakan. “Siapa yang menyembelih kambing pada hari raya mereka (demi merayakannya), maka seolah-olah dia menyembelih babi”. Abdullah bin Amr bin Ash berkata, “Siapa yang mengikuti negera-negara ‘ajam (non Islam) dan melakukan perayaan Nairuz dan Mihrajan serta menyerupai mereka sampai ia meninggal dunia dan dia belum bertaubat, maka dia akan dikumpulkan bersama mereka pada Hari Kiamat.

Bagaimanakah sikap umat Islam yang semestinya apabila tibanya hari2 kebesaran mereka seperti Hari Natal, sambutan tahun baru dll?

Berikut nasihat dari Komisi Tetap Saudi Arabia.

Jika diperhatikan dengan teliti, maka kita dapati bahwa musuh-musuh Islam sangat gigih berusaha memadamkan cahaya Islam, menjauhkan dan menyimpangkan umat Islam dari jalan yang lurus, sehingga tidak lagi istiqomah. Hal ini diberitahukan sendiri oleh Allah Ta’ala di dalam firmanNya, diantaranya, yang ertinya: “Sebagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintahNya. SesungguhNya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. 2:109)

Salah satu cara mereka untuk menjauhkan umat Islam dari agama (jalan yang lurus) iaini dengan menyeru dan mempublikasikan hari-hari besar mereka ke seluruh lapisan masyarakat serta dibuat kesan seolah-oleh hal itu merupakan hari besar yang sifatnya umum dan boleh diperingati oleh siapa saja. Oleh karena itu, Komisi Tetap Urusan Penelitian Ilmiyah dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi telah memberikan fatwa berkenaan dengan sikap yang seharusnya dipegang oleh setiap muslim terhadap hari-hari besar orang kafir. Secara garis besar fatwa yang dimaksud adalah:

Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasara menghubungkan hari-hari besar mereka dengan peristiwa-peritiwa yang terjadi dan menjadikannya sebagai harapan baru yang dapat memberikan keselamatan, dan ini sangat tampak di dalam perayaan milenium baru (tahun 2000 lalu), dan sebagian besar orang sangat sibuk memperingatinya, tak terkecuali sebagian saudara kita -kaum muslimin- yang terjebak di dalamnya. Padahal setiap muslim seharusnya menjauhi hari besar mereka dan tak perlu menghiraukannya.


Perayaan yang mereka adakan tidak lain adalah kebatilan semata yang dikemas sedemikian rupa, sehingga kelihatan menarik. Di dalamnya berisikan pesan ajakan kepada kekufuran, kesesatan dan kemungkaran secara syar’i seperti: Seruan ke arah persatuan agama dan persamaan antara Islam dengan agama lain. Juga tak dapat dihindari adanya simbul-simbul keagamaan mereka, baik berupa benda, ucapan ataupun perbuatan yang tujuannya boleh jadi untuk menampakkan syiar dan syariat Yahudi atau Nasrani yang telah terhapus dengan datangnya Islam atau kalau tidak agar orang menganggap baik terhadap syariat mereka, sehingga biasnya menyeret kepada kekufuran. Ini merupakan salah satu cara dan siasat untuk menjauhkan umat Islam dari tuntunan agamanya, sehingga akhirnya merasa asing dengan agamanya sendiri.

Telah jelas sekali dalil-dalil dari Al Quran, Sunnah dan atsar yang sohih tentang larangan meniru sikap dan perilaku orang kafir yang jelas-jelas itu merupakan ciri khas dan kekhususan dari agama mereka, termasuk di dalam hal ini adalah Eid atau hari besar mereka. Eid di sini mencakup segala sesuatu baik hari atau tempat yang diagung-agungkan secara rutin oleh orang kafir, tempat di situ mereka berkumpul untuk mengadakan acara keagamaan, termasuk juga di dalam hal ini adalah amalan-amalan yang mereka lakukan. Keseluruhan waktu dan tempat yang diagungkan oleh orang kafir yang tidak ada tuntunannya di dalam Islam, maka haram bagi setiap muslim untuk ikut mengagungkannya.

Kaum muslimin tidak diperbolehkan beranggapan bahawa hari raya orang kafir seperti tahun baru (masehi), atau milenium baru sebagai waktu penuh berkat (hari baik) yang tepat untuk memulai babak baru di dalam langkah hidup dan bekerja, diantaranya adalah seperti melakukan akad nikah, memulakan bisnes, pembukaan projek2 baru dan lain-lain. Keyakinan seperti ini adalah batil dan hari tersebut sama sekali tidak memiliki kelebihan dan keistimewaan di atas hari-hari yang lain.

Dari huraian di atas, maka tidak diperbolehkan bagi setiap muslim yang mengakui Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi dan rasul untuk ikut merayakan hari besar yang tidak ada asalnya di dalam Islam, tidak boleh menghadiri, bergabung dan membantu terselenggaranya acara tersebut.Karena hal ini termasuk dosa dan melanggar batasan Allah. Dia telah melarang kita untuk tolong-menolong di dalam dosa dan pelanggaran, sebagaimana firman Allah, (yang artinya) : “Dan tolong-menolonglah kamu di dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (QS. 5:2)

Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, kerana ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka. Berkaitan dengan ini, Ibnul Qayim rahimahullah pernah berkata, “Mengucapkan selamat terhadap syiar dan simbol khusus orang kafir sudah disepakati kaharamannya seperti memberi ucapan selamat atas hari raya mereka, puasa mereka dengan mengucapkan, “Selamat hari raya (dan yang semisalnya), meskipun pengucapnya tidak terjeru-mus ke dalam kekufuran, namun ia telah melakukan keharaman yang besar, karena sama saja kedudukannya dengan mengucapkan selamat atas sujudnya mereka kepada salib. Bahkan di hadapan Allah, hal ini lebih besar dosanya daripada orang yang memberi ucapan selamat kapada peminum khamar, pembunuh, pezina dan sebagainya. Dan banyak sekali orang Islam yang tidak memahami ajaran agamanya, akhirnya terjerumus ke dalam hal ini, ia tidak menyedari betapa besar keburukan yang telah ia lakukan. Dengan demikian, barang siapa memberi ucapan selamat atas kemaksiatan, kebid’ahan dan lebih-lebih kekufuran, maka ia akan berhadapan dengan murka Allah”. Demikian ucapan beliau rahimahullah!


(Dinukil dari Fatwa Komisi Tetap untuk Penelitian Ilmiyah dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi tentang Perayaan Milenium Baru tahun 2000.

Tertanda
Ketua: Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Alu Syaikh
Anggota: Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman Al-Ghadyan, Syaikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid, Syakh Shalih bin Fauzan Al Fauzan)

(Dikutip dari terjemah Kitab At-Tauhid Lish-Shaffil Awwal Al-Aliy, Edisi Indonesia, Kitab Tauhid, Penulis Dr Shalih bin Fauzan)

Sumber: http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=384


Sunday, December 20, 2009

Kem Pemantapan Aqidah (Fasa 1)

Assalamualaikum w.b.t..


Masih belum terlambat sekiranya ana mengucapkan AHLAN WASAHLAN ke Tahun Baru Islam 1431 H. Emm.. barangkali agak lama ana tak update blog ni. Sudah tentu sahabat2 tertanya2 kenapa si syafiq ni tak update2 blog die nih?? Bukannya kerana ketandusan idea untuk menulis tetapi kerana selama tiga minggu yang lepas ana telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak consultant. Semasa berada di sana, talian internet memang tidak ada. Jangan dikatakan talian internet, line telepon pown kejap-kejap ada kejap2 putus. Huhu..

Sebermulanya cuti sem, ana telah didatangi oleh 3 talian program yang mahukan kudrat yang Allah pinjamkan kepada ana yang tidak seberapa ini bersama-sama mengikuti program mereka. Talian yang pertama dari Bintul A'aqilah, SU BIAGA. Beliau mempelawa ana mengikuti beliau ke salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia di Kedah. Talian kedua pula dari Hafiz, beliau juga mempelawa ana mengikuti program yang dijalankan di Jerantut. Talian yang ketiga pula dari pihak Masjid Abu Bakar Temerloh yang mahukan ana mengajar kelas KAFA di masjid tersebut. Talian yang ketiga ini sudah ana ikuti pada cuti sem yang lepas. Haaa.. cube teka program mana yang ana ikuti?? (hadiahnya sebijik gula2 HACKS.. muahaha).

Jeng3!! jawapanya talian yang kedua. Daripada Hafiz. Alhamdulillah.. Allah telah memberikan petunjuk dan jalan yang mana terbaik untuk ana isi masa lapang dalam cuti yang panjang nie. Program ini adalah dibawah kelolaan Ustaz Ahmad Dasuki b. Mohd Rani (seorang pendakwah bebas dan juga businessman yang berjaya). Kem yang diberi nama Kem La Tansa ini berada di Kg Batu Balai, Jerantut. Tak jauh dari rumah ana, hanya sejam perjalanan. Terdapat 3 fasa program yang mana setiap program berjalan selama seminggu pesertanya juga turut berubah. Entri ini akan ana dokumentasikan untuk program yang pertama iaitu Kem Pemantapan Aqidah. Pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dari sekitar Kampung Batu Balai. Ianya bermula pada 30/11 – 5/12/2009.


Bagi memastikan program ni berjalan dengan lancar, maka fasilitator dan urusetia masing-masing berbincang untuk melantik AJK sepanjang seminggu program ini berlangsung. Hafiz dipertanggungjawab untuk menjadi ketua fasilitator bersama Fatihah (kalau tak silap la..). Ajk Kerohanian dan kebajikan dipertanggungjawab di atas bahu ana dan juga Basyirah. Jawatan yang lain ana tak berapa ingat. Asif.

1. Penaung Kem La Tansa, Ustaz Ahmad Dasuki Bin Mohd Rani

Ustaz Mat yang dikagumi..

2. Para Fasilitator yang dijemput khas

Para Fasilitator Muslimin & Mulimat
(Dari Kiri Belakang : Fatihah, Nadia, Nabeela, Bahijah, Siti, Basyirah, Norma)
(Dari Kiri Depan : Redha, Hafiz, Ariff, Ana, Faisal)

3. Penginapan Fasilitator dan peserta

Tempat persembunyiaan Fasi Muslimin.. Kg Cowboy yang serba mewah.. hehe
Untuk tempat persembunyian fasi muslimat ana tak ambil gambarnya, bimbang keadaannya lebih megharukan anda semua.. huhu

4. Salam perkenalan (sesi taaruf)

Adik2 yang sentiasa bersemangat.. Masing-masing cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh abang fasi..

5. Sesi LDK

Haa.. nampak tak ade org kt situ.. pakai baju biru berkopiah putih (jangan buat2 tak kenal ye).. hehe.. sebenarnya ana dan Faisal sedang menghandle xtiviti LDK.. punya nak ambil feel, sanggup buat kat tepi sungai.. lebih nyaman dan mententeramkan jiwa.. gambar ni time air sungai ni tak naik lagi.. pernah sekali naik sehingga kawasan khemah biru tu.. dan pengalaman ana mandi di sungai ni tak pernah ana lupakan kerana ana cemas-cemas hanyut dibawa arus deras..

Adik2 muslimat sedang ditaaruf oleh kakak fasi..

Sempat lagi adik kite dua orang tu pandang ke cameraman yang kacak nih.. hehe

6. Muhasabah diri

Sesi muhasabah.. Peserta muslimin menitiskan air mata.. Mungkin atas rasa bersalah terhadap kedua orang tua mereka.. Menangislah wahai adik2ku.. Semoga dirimu tergolong dikalangan anak yang soleh..

Begitu juga dengan peserta muslimat.. teriakkannya lebih hebat dari peserta muslimin.. tidak ketinggalan akak fasi pun tumpang sekaki, menangis berjujuran air mata.. huwaa..

"Ya Allah.. ampunkan dosa Faiz Ya Allah.. dosa ibu bapa Faiz yang membesarkan Faiz dari kecil sehingga Faiz besar Ya Allah.." bisik hati adik Faiz yang dirundum kesedihan.

7. Amali wudu' dan solat

Time ni ana sedang mengajar adik Amy mempraktikkan teori wudu' yang dipelajari dalam bentuk amali.. Tuhan saja yang tau bila ana mengajar si Amy sorang nih.. Amy sorang istemewa, jadi ana memberikan perhatian lebih kepada dia.. Moga Amy akan lebih mahir dan tertib mengambil wudu' dan solat..

Khusyuk betul adik kite nih.. "Buat molek2 Shahrul.. silap siket abang potong markah amali kau ni.." Leter Ariff

8. Kuliah zikir bersama Ustaz Zamani

Alunan zikir Ustaz Zamani amat meruntun jiwa ana.. sehingga sekarang suara Ustaz mengalunkan zikir masih terngiang-ngiang lagi di telinga ana.. antara zikir yang dapat ana kuasai cikit2 contohnye Allah.. Allah, Tubna Ya Allah, Waraja'na Ya Allah, Wanadimna Ya Allah, Allah Ya Allah, Hasbi Robbi, Assolatuwassalam, Ya Amanal khoifin dll.. Perkataan atau sebutannya memang mudah tapi nak menghafal iramanya yang agak sukar dikuasai kerana banyak jenis lagu yang diajar oleh Ustaz.. Zikir ini sebenarnya akan lebih menyentuh perasaan apabila kita mengalunkannya dengan sepenuh hati dengan ada iramanya yang tersendiri.. Kalau tak percaya cuba sahabat2 semua praktis.. InsyaAllah sgt menenangkan jiwa yang sedang gundah gulana..

9. Kembara ilmu

Warm up!

Haha.. sempat memberikan post sebelum meredah hutan belantara.. Hutan yang kami akan lalui ni sama taraf dengan hutan "Black Forest" kat Jerman.. Kita tengok sapa yang mampu redahinya!

Antara halangan awal.. Nampak perkasa sungguh abang yang baju hitam tuu..

Udin dengan gaya rambo! masing2 kena sapu bedak sejuk kat muka.. sampai fasi2 pon kena gak.. hilang cket2 jerawat kat muka nih.. muahaaha...

Meh cini akak sapukan gel pencegah sinaran UV.. nanti Mira tak kan kena panau.. (ade kaitan ke.. ntahlah.. hentam saja lah labu..)

Hasibah sedang meniti titi.. Meniti molek2 deh..

Kami berjaya!!

Derahnyo air nie.. nak cabuk suar ambo..

"Kak.. tolong Mira.. Mira takut.. ada buaya dalam sungai nie.. huhu.."

Hebat adik muslimat.. barang amanah "biskut" yang diberikan masih elok lagi..

Kami berada di puncak Gunung Kinabalu..!

Aduhh.. memang penat.. perjalanan kembara ilmu bermula tepat jam 9.00 pagi sehingga sampai ke air terjun keli pada jam 3.00 petang.. 6 jam perjalanan! Masya Allah.. lamenya kita jalan ye.. Apa yang membuatkan saya bersemangat untuk teruskan perjalanan ni adalah disebabkan semangat yang ditunjukkan adik2 yang tidak mudah menyerah kalah walaupun hakikatnya perjalanan kami ini memakan masa 6 jam dan hanya 3 kali berhenti rehat. Ada yang masa perjalanan tadi hanya berkaki ayam disebabkan selipar yang dipakai putus, tapi mereka kuat, memang anak jati kampung. Hebat! sangat hebat! Kali ni abang tabik adik2 semua!! Sampai kami di air terjun keli kami bersihkan diri dan solat Zuhur di atas tanah. Atas jasa baik urusetia, mereka pun menjemput kami menaiki van untuk pulang ke kem.

Emm.. rasanya sampai disini saja coretan ana bagi Kem Pemantapan Aqidah (Fasa 1) ni. Banyak lagi aktiviti dan pengisiaan yang ana tidak masukkan dalam entri ni disebabkan masa yang tidak mengizinkan. InsyaAllah, jika berkesempatan ana akan tokok tambah lagi entri ni. Mana yang baik datangnya dari Allah dan yang lemah itu datang dari diri ana sendiri.

Related Posts with Thumbnails