BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Saturday, October 24, 2009

Kasih dan Cinta dalam ISLAM


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)”

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan. Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.

Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura- puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan

Wednesday, October 21, 2009

Malang tidak berbau

Kenapa malang tidak berbau??...ermm..kenapa tidak berbau itu malang?? Pelik..membuatkan saya terhenti menaip.. seketika.. berfikir??Apa pula kaitannya "malang" dan "berbau"?? Lagi istilah ini menerjah ke dalam benak fikiran saya. Terdetik diminda terketuk dipintu hati...hebat orang Melayu dahulu...isinya yang tersirat, insan yang tersurat sahaja dapat mengerti. Itulah yang berlaku kepada Muhammad Syukri b Abdul Manaf (adik bongsu saya) berusia 4 tahun. "Malang tidak berbau".

Tanggal 15 Oktober 2009, jam 11.30 malam bermula...malam yang begitu lain dari yang lain, hati saya tak sedap, bagai ada yang menikam perasaan ini. Atas perancangan untuk menghantar borang PTPTN angah yang sedang menuntut di KIST Bachok Kelantan, saya gagahi juga untuk menghantar orang tua saya dan adik bongsu ke KTMB Mentakab. PO00n...tiba juga tren tersebut, agak kelewatan 10 minit dari masa yang ditetapkan. "Bye..assalamualaikum" kata2 terakhir saya sebelum tren membawa abah, umi dan adik ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Fuhhh!! saya mengeluh panjang sambil istighfar dari fikir yang bukan-bukan. Moga selamat pergi dan balik ke rumah. Sampai saya di rumah, adik-adik yang lain dah tidur dibuai mimpi.

Dipendekkan cerita...kejadian ini berlaku pada 16 Oktober 2009 di rest house Wakaf Bharu time abah pegi solat jumaat. Umi, angah dan adik tinggal bertiga di dalam bilik tersebut. Seperti biasa, adik memang agak nakal dan suka bermain. Sedang leka bermain dengan angah, adik menarik laci almari yang diatasnya ada sebuah tv 29' (besar dan berat, untuk mengalihkan tv tersebut memerlukan kekuatan dua orang lelaki yang benar-benar lelaki). Dengan takdir Allah yang maha kaya lagi maha agung, tv 29' tersebut menghimpap ke atas kepala adik. ALLAH!! serta-merta adik pengsan dan tubuh badannya kebiruan yang mengeluarkan darah yang sangat banyak dari kepala dan telinga kirinya. Angah dengan kekuatan seorang wanita mengangkat adiknya yang berat 22 kg turun meminta bantuan. Umi dengan tidak berkaki ayam bergegas ke luar masjid yang pada ketika itu khatib sedang membaca khutbah dan meminta bantuan remaja muslim untuk memapah adik untuk dibawa ke klinik. Alhamdulillah, dengan bantuan seorang mak cik yang berkereta membawa adik, umi dan angah ke klinik. MasyaAllah...TUTUP pulak!! Tanpa berlengah mak cik tersebut membawa ke hospital Tumpat. Setibanya di hospital Tumpat, doktor tak boleh buat apa kerana tiada alat 'x-ray'. Cuma doktor hanya mampu menyatakan adik dalam keadaan koma (kritikal).

Dari hospital Tumpat dengan menaiki ambulans menuju ke hospital USM Kubang Kerian. Adik terus dibawa masuk wad kecemasan (ICU). Takdir Allah, memang malang tidak berbau, hospital pula "blackout" tak dek elektrik. Terpaksa tunggu. "MasyaAllah...Ya Allah..adik koma..tolonglah doktor." "Saya tak boleh buat apa2, peluangnya untuk hidup amat tipis." Seorang bapa yang kental jiwanya menangis teresak-esak apabila mendengarkan perkhabaran dari doktor. Usah ditanya perasaan ibu yang mengandung, pedih dan sakit perutnya, luluh jiwa dan raga menangis tidak berhenti bagaikan anak kecil. "Ya Allah, engkau menguji ibu dan bapaku ketikaku tiada di sisi mereka, bagaimana mungkin aku dapat membantu."



Hospital USM Kubang Kerian


Selepas beberapa jam, elektrik kembali berfungsi dan adik dirawat. Hampir 48 jam adik koma tidak sedarkan diri. Akhirnya, dengan kuasa dan janji Rabbuljalil Tuhan yang maha kuasa di atas tiap2 sesuatu, "Abah..abah..umi..umi.." adik memanggil lemah abah dan umi. Alhamdulillah berkat doa akhirnya adik sedar. Abah dan umi menangis tanda syukur.


Nasib baik nurse tu tak nampak saya amik gambar ni...

Adik semasa dirawat dalam wad ICU

Adik buat masa sekarang masih belum pulih. Banyak effect dari hentakan tv tersebut kerana kepalanya retak, telinganya berdarah (tak pasti asik boleh dengar ke x), paling ketara sebelah kiri muka adik bagaikan tidak berfungsi (orang kelate kate herot sebeloh). Tak pelah dik, Allah dah bagi adik hidup pun Along bersyukur sangat2. Semoga adik cepat sembuh seperti dulu. Buat insan yang membantu, saya ucapkan jutaan terima kasih. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

==> 19/10/09
==> Jam 11.00 - 12.35 tengah malam
==> Di atas katil no.17 wad selatan 2 (surgeri kanak-kanak)
HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Asif Jiddan


mohon ribuan kemaafan buat sahabat2
lama sudah x update blog ana nie
hari ini berkesempatan juga ana membukanya dan menambah coretan ana
sepanjang dua minggu yang lepas sibuk dengan seminar pedagogi pribumi peringkat kebangsaan yang mana IPGM ana selaku tuan rumahnya
dan
ana selaku ajk pameran dan sambutan
tanggungjawab tersebut perlu dijalankan dengan tugasan2 assignment yang bertimbun-timbun dan juga tugasan selaku JPP
belum juga dikira dengan exam yang semakin terasa kehangatnnya
tiada masa untuk ana menulis

~MOHON AMPUN YAA~

Related Posts with Thumbnails