BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Wednesday, September 23, 2009

AWAS, mungkin anda orangnya!


FACEBOOK satu fenomena bagi pelayar laman sesawang, mungkin bagi sesiapa yang tidak ‘sign up’ atau kata lain tak menyertai laman ini dianggap sebagai kolot ataupun dengan kata lain lagi kalau tidak tahu mengenai FACEBOOK ini dikategorikan sebagai buta IT?? Emm.. benarkah telahan tersebut?? Semuanya terpulang pada anda. Tepuk dada tanya akal anda.

Info penting yang perlu anda ketahui.. bersedia dengan akal yang tajam.

1. Menurut RIZKI (nama sebenar Rizki Yudhisma, pakar IT) pendapatan utama FACEBOOK datang dari iklan yang banyak dipaparkan. Contohnya, mereka menggunakan kaedah CPC (cost perclik) sekali klik $0.50. Itu baru satu iklan, kalau kita semua lihat iklan yang dipaparkan lebih kurang 10-20 iklan (kiraan rambang). Cuba kalau anda bayang dan buat kira-kira jika iklan tersebut diklik oleh 1000 orang dalam masa sehari. Haa.. Anda kiralah sendiri.

2. Tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta orang, baru-baru ini FACEBOOK mengeluarkan kenyataan penggunanya meningkat ke 240 juta orang (satu angka yang cukup besar yang diambil dalam masa setahun). Jadi tidak hairanlah FACEBOOK boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008.

3. Microsoft sebuah syarikat computer gergasi didunia telah membeli 1.6 peratus kepentingan FACEBOOK yang bernilai AS$240 juta pada tahun 2007.

4. Paling latest, syarikat Rusia Digital Sky Technologies pula melabur sebanyak AS$200 juta dalam web tersebut dan memungkinkan nilai syarikat itu meningkat sebanyak AS$15 bilion.
Hanya sebuah laman interaktif, tetapi mampu menjutawankan pemiliknya. Macam senangkan nak dapatkan wang berjuta-juta malah menjangkau tahap ratusan billion. Mesti anda nak tahu siapakah empunya kepada laman ini? K, teruskan bacaan anda tentang biodata pengasas merangkap pemilik FACEBOOK ni.

Nama : Mark Zuckerberg
Tempat dibesarkan : Dobbs Ferry, Westchester Country, New York, AS.
Pasangan kepada : Edward dan Karen Zuckerberg (bangsa Yahudi laknatullah)
Pekerjaan ibu bapa : Edward (seorang doctor gigi) dan Karen (pakar perubatan)
Graduan : Sains komputer dari Universiti Harvard
Kisah masa kecil : Seorang yang genius. Diceritakan, ketika berusia belasan tahun dia sudah pun mencipta permainan computer yang bernama Risk dan permainan muzik Synapse.

Tentang Zuckerberg:

1. Zuckerberg telah melancarkan laman FACEBOOK pada 4 Febuari 2004 dari bilik asramanya, tujuannya untuk memudahkan mahasiswa Harvard berhubung antara satu sama lain. Bagaimanapun atas permintaan ramai ia dikembangkan ke universiti di sekitarnya.

2. Majalah TIME telah mengiktiraf Zuckerberg dalam rangking ke-52 daripada 101 tokoh sebagai antara tokoh peling berpengaruh di dunia 2008, sebaris dengan nama bessar Barack Hussien Obama (Presiden AS).

3. Majalah FORBES telah menyenaraikan Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu pada yahun 2008 dan juga pernah disenaraikan sebagai individu termuda terkaya dengan kekayaan peribadi sebanyak USD 1.5 bilion.

4. Semasa di Universiti Harvard, Zuckerberg menjadi anggota kepada Alpha Epsilon Pi (AEpi) yang aktif. Alpha Epsilon Pi adalah pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat dan Kanada. Kaitannya dengan Israel berlangsung apabila ia dikatakan sebagai yang pertama dan satu-satunya pertubuhan persaudaraan di Israel. Asas utama kepada persatuan ini adalah membina semangat kepimpinan di kalangan mahasiswa Yahudi sekaligus menjadi pemimpin bangsa di masa akan datang yang benar-benar memahami idea, nilai dan etika Yahudi. Zuckerberg juga dalam senarai alumni AEPi.

5. Joel Leydon (pemilik Israel News Agency) mencipta FACEBOOK sendiri tiga jam selepas serangan pertama Israel ke atas Gaza. Menerusi FACEBOOK dia membakar semangat tentera Israel yang mempertahankan sempadan dan kedaulatan Israel. (Wah.. boleh bawak laptop ke mase perang). Kenalan yang menyertainya mencapai 17 000 orang pada 30 Disember tahun lalu. Leyden jugak mempengaruhi menggunakan FACEBOOK dengan menyatakan bahawa Israel mempertahankan negaranya dari serangan pengganas Muslim di semenanjung Gaza. Kalau anda tak percaya, Leyden siap buat you tube lagi bagi memberikan penerangan yang lebih jelas kepada dunia.

Anda dah nampak sekarang susur galur dan siapakah disebalik tabir FACEBOOK ni. Anda perlu tahu bahawa adanya desas-desus yang menyatakan kaitan penglibatan laman web ini dalam MEMBIAYAI PEPERANGAN di GAZA. Cuba anda fikirkan sedalam-dalamnya akan pendapatan FACEBOOK yang saya nyatakan di atas, jika itulah jumlah wang yang diperoleh, anda boleh bayangkan berapa pula disalurkan untuk membiayai peperangan di Gaza. Lebih malang sebahagian keuntungan itu disumbangkan oleh kita yang beragama ISLAM. Dengan klik saja pada FACEBOOK kita turut menjadi ‘PEMBUNUH’ @ ‘THE KILLERS’ orang Palestin di Gaza. Apalah sangat sumbangan kita kepada saudara seIslam kita di Gaza, ini kan pula kita tambah lagi dengan penderitaan dan kesengsaraan saudara kita disana. Fikir-fikirkan, pilihlah jalan yang diredhoi Allah. Mudah-mudahan kita dijauhkan dengan muslihat licik bangsa Yahud dan Nasara. Walllahu’alam.

Thursday, September 17, 2009

Santapan hidangan di hari raya


SUDAH menjadi kelaziman setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, maka akan berkumandanglah lagu-lagu yang berkonsepkan hari raya sama ada menerusi radio mahupun tv. Ditambah lagi kegamatan dengan kemeriahan tersebut di pasar2 raya mahu pun di dalam bilik saya sendiri. (Pengakuan 24 jam lagu raye)...Syahdu, memang syahdu. Lebih syahdu lagi meninggalkan bulan Ramadhan. Bukan itu saje, dengan persediaan dari segi pakaian, kelengkapan diri, makanan, perhiasan rumah semuanya kelihatan baru dan cantik. Rezeki kita, pernah tak kawan2 pikir macam mane orang Iraq mahupun orang Palestin merayakannya??

~Panjang lak celoteh die nih~


al-kisah sebenarnya terbacalah saya di laman sesawang ini berkenaan dengan hari raya. Suka saya nak kongsi dengan rakan2 akan imput yg saya baru dapat tadi...JOM BACE...


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.


sumber: http://www.bharian.com.my/Misc/RamadanAlMubarak/Puasa/Hari/Ihya/20041012144824/Article/


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua pengunjung, semoga Allah mengampunkan dosa2 kita yg telah lalu & akan dtg..amin..

Friday, September 11, 2009

Tugas guru dijadikan nilaian

Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.


Ya, memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya.

Yang malas, yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan – disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami - anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan. "Anak aku pintar, bijak" Dan semuanya diakhiri dengan perkataan 'AKU' juga.

Sang guru memberi nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat camane?”. Dan sang guru tergumam.

Sebagai seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan. Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang. Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…Begitulah… sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar, walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan cemuhan.

Sunday, September 6, 2009

jom tonton...cara pakai serban..

Bismillah..

Memakai serban merupakan pakaian Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam dan orang-orang arab sebagaimana yang banyak diriwayatkan di dalam hadith-hadith sahih. Diperbolehkan kita memakainya, sebagai meniru cara Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam memakainya. Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam tidaklah sentiasa memakai serban, dan adakalanya baginda memakai qalansiwah tanda serban.Maka memakai serban sunnah adat,bukan bermaksud sunnah tasyri'(yang disyariatkan).

Khilaf di kalangan para ulama' mengenai perbuatan meniru Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam di dalam pemakianan serban. Ini adalah kerana hadith-hadith yang menyatakan fadhilat memakai serban adalah dhaif. Tetapi ia tidak menghalang kita untuk mencontohi cara pemakaian menurut sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallahu 'alaihi Wa Sallam. Baginda menamakan serbannya dengan nama Al-Sahaab (awan), baginda memakainya dan dibawah serbannya dipakai kopiah, dan adakala baginda memakai kopiah tanpa serban, dan adakalanya memakai serban tanpa kopiah, dan adakalanya baginda merendahkan serbanya diantara bahunya sebagaimana riwayat Shahih Muslim dan Amru bin Harith.

Berkenaan ekor serban, ianya hanyalah adat dan bukannya ibadat. Imam Al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa memanjangkan sedikit ekor serban diperbolehkan sebagaimana beliau telah mensyarahkan didalam Syarh al-Muhazab.


video

Related Posts with Thumbnails