BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Friday, November 27, 2009

Salam Eidul Adha.. Salam Pengorbanan..

Assalamualaikum wbt.

Saban tahun, kita merayakan Eiduladha. Darah-darah haiwan sembelihan ditumpahkan. Cerita kisah Nabi Ibrahim menjadi santapan telinga kita.

Masakan kita lupa, nabi Ibrahim AS dengan rela hati, tanpa keraguan, menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, apa sahaja yang Allah perintahkan nescaya akan dilaksanakan. Hinggalah tibanya satu ujian, Allah mengarahkan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anak beliau sendiri.

Satu ujian yang berat. Nabi Ibrahim taat, tanpa banyak bicara atau banyak soal. Perintah yang Maha Agung dilaksanakan.

Maka, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dengan kekuasaannya yang tiada siapa dapat menandinginya, telah menukarkan anak Nabi Ibrahim yang ketika itu sedang disembelih oleh Nabi Ibrahim menjadi kibas.

Begitulah serba ringkas kisah yang berlaku ke atas nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Kisah yang menjadi sabab-musabab wujudnya hari kebesaran dalam Islam ini. Kepada semua Umat Islam, Salam Eiduladha diucapkan. Kepada yang bukan Islam, tidak salah untuk menghayati pengertian Haji dan Pengorbanan. Selamat bercuti juga kepada semua.

Kat bawah ni dipaparkan gambar penduduk Islam Taman Sri Layang Mentakab (tempat kediaman saya) yang sedang bergotong-royong melapah daging lembu. Kejadian berlaku di Surau Al-Ikhwan Taman Sri Layang. Alang-alang terlajak, saya nak citer cikit majlis korban yang berlangsung pada pagi tadi.. hehe

Majlis aqiqah dan korban pada tahun ni hanya melibatkan 2 ekor lembu yang terpilih dari kalangan yang terbaik untuk dikorbankan. Lembu2 yang lain tersenyum suka dek kerana terlepas dari kena sembelih.. hehe. Tak seperti tahun2 yang lepas, pada tahun ni bilangan lembu untuk dikorbankan agak sedikit. Majlis bermula pukul sepuluh pagi. Tukang menyembelihnya tidak lain tidak bukan adalah abah saya. Dengan parang yang tajam dan takbir yang memecah kesunyian maka 2 ekor lembu tadi tu telah disembelih dengan penuh kesyahduan.

Selepas tu, kami semua bergotong-royong melapah daging dan kaum ibu pula menyiapkan bahan untuk dimasak. Juadah makan tengahari ialah sup tulang dan daging masak asam pedas. Perghh.. memang masyuk! Respek dengan kehebatan kaum ibu memasak. Memang sedap sehingga menjilat jari. Siap makan, balik rumah, layan mata dan terus tidur dibuai mimpi.

Wallahu'alam..
















Pengorbanan IBRAHIM wajar dicontohi,
ketaatan ISMAIL dijadikan ikutan,
kesetiaan HAJAR lambang kasih sejati,
bersama hayati erti PENGORBANAN MITHALI.

Wednesday, November 25, 2009

One Malaysia = One Israel.. Adakah satu kebetulan? Apa yang didahulukan dan diutamakan?

Sebelum Perdana Menteri Malaysia mengumumkan konsep One Malaysia, negara Israel telah pun berbuat demikian pada 1980 dengan melancarkan kempen One Israel.


Adalah amat memeranjatkan, semua yang dilakukan oleh Malaysia sentiasa berkebetulan dengan Israel malah dari segi perkataan dan angka juga amat tepat penggunaannya.


Konsep One Israel 1980

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri.

Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Kesimpulan

Namun demikian, tiada teori konspirasi yang boleh dikaitkan antara Malaysia dan Israel dalam memperkenalkan konsep ini. Sama ada ia satu lagi kebetulan selepas Wawasan 2020 adalah terserah kepada penelitian pihak pembaca.

Konsep One Malaysia dan One Israel setakat ini kami mentafsirkan sebagai satu lagi kebetulan. Mungkin selepas ini Malaysia akan melancarkan lagi beberapa dasar yang berciri-cirikan kebetulan.

Sebagai rakyat Malaysia, kami mengharapkan tiada unsur-unsur pengaruh luar (Israel) yang menyelubungi pentabdbiran kerajaan Malaysia sekarang. Mudah-mudahan Malaysia sentiasa aman makmur lagi berdaulat!

Tuesday, November 24, 2009

Kursus Pembangunan Jati Diri Negara Bangsa

Pada 21-23 November 2009 bersamaan dengan 14 Zulhijjah 1430 seramai 37 orang guru pelatih IPGMKTAA terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009 dan ketua2 unit telah menjalani Kursus Pembangunan Jati Diri Negara Bangsa di Felda Residen Tekam, Jerantut. Kursus tersebut dikelolakan oleh Jabatan Sains Sosial yang diketuai oleh Encik Zamani dan Encik Halif. Kursus yang baik untuk perpaduan semua kaum.

Terdapat 5 slot ceramah yang terdiri dari penceramah yang hebat2. Antaranya Dato' Shahlan (SU politik perdana menteri), Pengarah BTN Pahang, Penolong Pengarah BTN Pahang dan pegawainya. Paling membuatkan saya teruja ialah kesudian perenang tersohor negara untuk hadir ke program kami iaitu Dato' Malik Mydin. Dengan kehadiran Dato', sedikit sebanyak telah menaikkan semangat saya untuk mengharumkan nama negara seperti beliau. Banyak pengisian, mudah-mudahan program ni diberkati Allah. Yang mana baik kita ambil sebagai ikutan dan yang mana kurang baik dijadikan sempadan (untuk peserta program). InsyaAllah...


Para peserta kursus yang sentiasa bersemangat


Unit PISMP BM paling ramai menghantar wakil


Dari depan : Daus, Fahmi, Aufa dan.... Penghuni chalet 52

Sori Daus.. malam tu kami kunci pintu chalet bagi ko tak leh masuk.. he3.. laen kali jangan nak merayap memalam buta k.. pape p0n kami gurau2 jew.. gurau tanda kemesraan.. PEACE! ko memang hensem Daus.


Encik Hairi dan family turut datang memberikan sokongan kepada kami


Kesian kat korang, cam tak pernah jumpe swimming pool je..


Ngerrr..sejuk!



Encik Zamani m'berikan cenderamata kepada Dato' Malik Maydin


Sempat jugak saya bergambar dengan Dato' Malik Mydin


Dato' Shahlan sedang menyampaikan ceramah


Tanda penghargaan kepada Dato' Shahlan



Friday, November 20, 2009

Menghitung Hari di Bumi Afzan


Salam semua. Salam ukhwah. Salam ziarah. Salam perpaduan. Salam satu Malaysia.

Hari ni berkesempatan juga saya nak berceloteh. Berceloteh yang ngarut-ngarut pon best jugak. Antara hobi saya pun suke ngarut-ngarut yang bukan-bukan bersama-sama kengkawan seangkatan bebudak BM. Sekali jumpa pasti ade jer bende nak dimengarutkan. Haha.. yang penting kiter happy!

CETER SKET TENTANG FINAL EXAM SEM 2

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi kerana kite dah merdeka dari penjajah yang menggerunkan. Bukannye ape, dua minggu dalam musim penjajahan ini membuatkan saya agak tertekan dek kerano banyak tak study. Tu la saya, time exam baru nak beria-ria mutalaah.

Berbalik pada subjek yang saya ambil pada sem ni. Di dunia kemaktaban, bese la, kite banyak belajar dan aplikasi daripada penilaian melalui peperiksaan. Bermakna kat maktab lebih mementingkan kemahiran-kemahiran interpersonal dan intrapersonal daripada penilaian. Pada sem ni, subjek peperiksaan yang diambil seperti Bahasa Melayu Pentaksiran, Bahasa Melayu Kemahiran Berbahasa, Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas dan Murid Alam Barzakh.. eh silap2 Murid Alam Belajar.. hehe

Exam kali ni memang mencabar keginiusan saya untuk menghentamnya. Terutama sekali subjek Bahasa Melayu Pentaksiran.Ngerrr..susah giler..ade spot, tp tak masuk! Memang tensyen tahap kura-kura. Nasib kami dah berpakat awal-awal untuk bersama-sama berjihad dan bantu-membantu di dalam dewan peperiksaan. Tenkiu saya ucapkan pada Kak Fizz coz byk membantu meringankan beban saya ni (Haha..nama anda dalam senarai pemerhatian HEP) geguro jek.. hehe



sempat lagi bagi post time exam


KEMAS-KEMAS BARANG

Apabila saya memikirkan soal nak kemas barang, mulalah lemah satu badan. Buku saja dah penuh satu almari dan satu kotak besar bersaiz 29 inci. Belum termasuk perkakasan dapur, eksesori badan, tayar motor, rim motor pon ada saya simpan bawah katil ni (Mat Rempit pun tak simpan tayar dalam bilik) Hehhe.. Nak mintak Abah Umi datang amik barang tak sampai hati. Mesti Abah buzy dengan pengawas SPM kat SMK Dato’ Bahaman. Tak per la.. sumbat je dalam stor tu..

AMPUN… AMPUN… AMPUN

Pada kesempatan ini saya mohon berjuta kemaafan andai kata dalam kita bersahabat banyak yang melukakan hati, mengguris sanubari, terambil terbuang, termakan terminum, termaki terhamun, terlebih terkurang dan banyak khilaf dan silap dek kerana saya insan yang hina lagi dina. Harapanya semoga kita bertemu lagi pada semester yang akan datang. Jazakallahu khairan kasira.. Selamat bercuti semua…

Friday, November 6, 2009

SELAMAT HARI LAHIR ABAH


aku mohon Allah, moga Abah terus kuat,
menghadapi hari2Mu yang penuh ujian

aku mohon Allah, moga Abah terus sabar,
mendepani karenah kami yang selalu menduga

aku mohon Allah, moga abah terus tabah,
bertahan di atas jalan dakwah ini

aku mohon Allah, berikan Abah kelapangan hati dan fikiran,
meluaskan hatinya, melapangkan dadanya, membesarkan fikirannya

aku mohon Allah, beri Abahku waktu,
untuk dia menunggu dan tersenyum manis
melihat kami dihari depan dengan kebanggaan

kerana kehidupan ini tak mudah, aku mohon Allah
untuk setiap kekuatan, untuk setiap kesabaran,
untuk setiap ketabahan dan kelapangan hati yang mutlak menjadi milikMU
pinjamkan itu untuk Abahku...

SELAMAT HARI LAHIR ABAH! KERANA KAMI SANGAT SAYANG

Related Posts with Thumbnails