BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Saturday, March 13, 2010

Guruku yang bernama " Encik Pengalaman bin Pengajaran"

Bismillahirrahmanirrahim ;)

Bak kata orang-orang dahulu, guru yang paling setia adalah pengalaman yang kita tempuhi. Belajar dari pengalaman adalah yang terbaik untuk diikuti. Jika pengalaman itu baik kita jadikan pedoman dan yang tak baik tu kita jadikan sempadan. Entry kali ini ana ingin berkongsi kisah suka suki sepanjang ana menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) start dari 6.03.2010 sehinggalah 13.03.2010. PBS kali ni dilakukan di Batu Pahat, Johor.


Sebelum memulakan perjalanan bacaan 'doa' didahulukan sebagai pembekal semangat dan supaya sentiasa di bawah rahmat dari yang Maha Esa. Pengalaman berjalan selama 10 jam dari Kuala Lipis ke Batu Pahat memang menguji kesabaran kami. Bak kata orang pahang "Bapok lar jaoh". Haha.. Antara yang menyertai ekspedisi Azmi, Fadil, Arham, Kimi, Faisal, Hafiz, Shafiq J dan ana. Eh2.. lupa lak.. tuan rumah Ayisy Syahmi. Dua buah kereta dan sebijik motor menghuru-harakan sepanjang perjalanan.

Berkenalan dengan gangster Batu Pahat.. Akulah Ayisy Syahmi.. haha


PEACE!!

4 lagi dalam kereta kembara..

Perjalanan kami bermula dari Kuala Lipis-Jerantut-Temerloh-Triang-Tasik Bera-Muadzam Shah-Segamat-Muar-Batu Pahat. Dengan keadaan cuaca sekarang yang panas + terik maka 5 botol air meneral bersaiz besar habis diminum.

Rehat sebentar di persimpangan jalan antara Muadzam-Segamat

Solat, makan, minum, tidur, stesen minyak, geli hati, gugugagagugugaga akhirnya tepat jam 9.00 malam maka kami pun tiba di homestay yang kami nanti-nantikan. Ahlan Wasahlan, bagaikan ada yang menyambut ketibaan kami ke Kampung Parit Bugis, Senggarang, Batu pahat.

Rumah arwah datuk dan nenek Ayisy

Setibanya kami di Batu Pahat maka bermulalah ekspedisi makan angin.. Hehe.. Lupa pulak tujuan asal kami adalah menjalani PBS. Alhamdulillah, apabila berada di Sekolah Kebangsaan Parit Kemang kami bagaikan berada di sekolah yang telah lama kami mengajar. Guru-guru dan murid-murid sekolah ini memang best.. sangat peramah, baik hati dan selalu membantu kami ketika diminta bantuan. Sekolah ini diklasifikasikan sebagai sekolah luar bandar yang berkapasiti 31 orang guru dan mempunyai hampir 400 orang murid.

Suasana di SK Parit Kemang

Kena raging dengan cikgu zalma.. huhu

Berbasikal merupakan kegilaan bagi murid-murid di Sk Parit Kemang.. Mari tengok gambar di atas, mereka semua masih menggunakan basikal tua.. Berbeza dengan murid-murid di tempat lain yang menggemari basikal yang agak sporty dan yang berjenama..

Termenung jauh menandakan kami dah tak tahu nak buat apa kat sekolah... Tugasan yang diberikan semua sudah disiapkan. Antum semua mesti tertanya-tanya.. Mana pergi kawan-kawan ana yang lain.. Untuk pengetahuan antum semua, kami telah berpecah kepada dua buah sekolah.. 4 orang di SK Parit Kemang dan 4 lagi di SK Senggarang..

Kejohanan Sukan Trek dan Padang Peringkat Zon Senggarang yang diadakan di padang SMK Tun Sardon, Rengit.

Tahniah!! kontijen SK Parit Kemang memperoleh tempat kedua secara keseluruhan yang membawa pulang 2 emas, 3 perak dan 3 gangsa.

dah tukar profesyen ker cikgu?? hehe...

Kenangan bersama guru besar 'Tn Hj Khamsani'

Itulah kenangan serba sedikit kat sekolah.. cop2.. hehe.. ada lagi kisah seterusnya.. Apa yang dingomel-ngomelkan di atas tu baru kisah di sekolah.. banyak lagi kisah-kisah kami berjalan-jalan cari pasal di sekitar Batu Pahat sehingga ke Melaka.. Haa.. Jom klik ke bawah. Kiter bermula di IPG Kampus Tun Hussien Onn.

Lawatan tidak rasmi YDP ke IPGTHO

Ke BP Mall.. Jom..
Tidak keterlaluan jika ana mengatakan bahawa Batu Pahat setaraf dengan Ibu Negeri Pahang (diperhatikan dari aspek pembangunan lahiriah)

Jalan-jalan jugak.. assignment jangan lupa nak buat..

Seterusnya, di sekitar Pantai Punggur..

Santai...

Berkelana di pantai.. sungguh indah ciptaan Allah.. mendamaikan jiwa dan menambahkan pahala..

Konvoi ke Melaka Bandaraya Bersejarah.. Zasss!!

Eyyaahhh.. cepat angkat, letak dalam bonet kereta kita!! =)

Dari kiri belakang : Hang Faisal, Hang Kimi, Hang Ayisy, Hang Koi, Hang Padil, Hang Azmi dan Hang Arham..

Hadoooii.. nape tak buat escelator jer..

Besarnya kapal Encik Alfonso de Albuquerquer.. "Terpikir juga sebesar manakah agaknya bahtera Nabi Allah Nuh a.s. yang memuatkan segala jenis makhluk Allah yang berpasang-pasangan???" MasyaAllah...

BBQ... aktiviti kami yang terakhir... juga kesudiaan tuan empunya rumah Pn Markisah dan Encik Sukiman datang menjamu bersama-sama kami...

Beli ayam pun ambil gambar jugak... adooiii.. di carefour..

Sediakan unggun api..

Dah siap semuanya.. Masakan orang bujang macam ini lar.. rezeki Allah kita kongsi bersama, Alhamdulillah... Jemput makan tuan puan.. Ngarp3!!

Pejam celik-pejam celik sudah tiba masanya kami semua pulang ke kampung halaman masing-masing.. Bagaikan semalam masih lagi terbayang-bayang ketika kami memulakan perjalanan yang panjang.. Suka duka, hilai tawa semuanya dikongsi bersama.. Bak kata mat saleh"Sharing is caring".

Siap sedia untuk pulang... Terima kasih kami dahulukan kepada Encik Sukiman sekeluarga atas kesudiaan menerima kami sebagai tetamu yang menetap lebih dari 3 hari.. Semoga arwah datuk dan nenek Ayisy dirahmati dan dicucuri rahmat Sang Pencipta Alam. Amiin.. Barakallahufik..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails