BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Thursday, December 31, 2009

Akhirnya!!

Assalamualaikum sahabat2 seluruh dunia!


Akhirnya!!

Akhirnya!!!

Akhirnya!!!!

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah, hari ini dalam sejarah 31/12/2009 ana telah berjaya lulus ujian memandu bagi kelas D (KERETA). Tuhan saja yang tahu betapa gemberinya hati ini bila dah lulus ujian kereta. Sekarang, otak dah lapang nak balik ke Kole Lipis ahad nieh! Hehe.. Institut Memandu Ekonomi Ceria Temerloh tempat ana menguji kemampuan ana untuk memandu kereta.

Nak tampal kat mane stiker "P" ni? Kereta sendiri tak der lagi.. Haaa.. kereta abah lah yang jadi mangsa..

Nak tau tak kenapa ana gembira sangat??

Banyak perkara yang membuatkan ana happy sangat hari ni.. Antaranyakan :

1. Sebelum ni hajat nak buat lesen tertangguh kerana ada kem selama 3 minggu. Hari ni hajat dah tertunai.

2. Pada 29/12/2009, ana kandas dalam ujian yang pertama. Gagal parking dan jalan raya. Time tu memang mental down giler. Frust! Alhamdulillah, sokongan family especially abah dan umi buat ana semangat semula. Tak luper jugak Uncle Tan Kee, cikgu, pegawai JPJ dan akak di kaunter IM Ekonomi Ceria.

3. Selama seminggu ni ana naik turun pejabat JPJ untuk mempercepatkan ujian kerana ana dah kesuntukan masa. Berapa hari saja lagi nak masuk maktab. So, Tuan Hj Lokman Ketua JPJ Temerloh dah kenal sangat dengan ana.. Hehe.. Memang ana respect dengan Tuan Hj, orangnya sangat berbudi bahasa.. patutlah pekerja disitu sangat menghormatinya. Letih taw sahabat2 naik turun pejabat. Berurusan dengan pihak atasan perlu tggu giliran, pergi ke pejabat makan masa 15 minit dan banyak lagi kerenah birokrasi yang lain (lebih kurang kat maktab laa..).

4. Sebelum pergi ujian, Abah bagi RM 250 pada ana. Abah cakap kalau lulus ujian hari ni kira Abah belanja Along, kalau gagal Along bayar balik kat Abah. Fuhh! memang memotivasikan ana untuk berjuang mendapatkan "P". Motivasi ekstrinsik ke intrinsik ye? ana dah lupa.. huhu

5. Kalau dah ada lesen baru boleh memikirkan tindakan mencari kereta idaman..


Akibat terlalu happy sehingga tahap kritikal, pada sebelah malamnya ana belikan satay 60 cucuk khas untuk FAMILY!! Jom makan.. Hehhehe.. Ok sahabat2, ana nak sambung makan satay semula, kalau sejuk tak sedap dah kan.. Nyum2.. Bismillahirrahmanirrahim, ngarp.. ngarp.. ngarp!!

Selamat malam, lailantoiyyiban..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails