BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Friday, November 27, 2009

Salam Eidul Adha.. Salam Pengorbanan..

Assalamualaikum wbt.

Saban tahun, kita merayakan Eiduladha. Darah-darah haiwan sembelihan ditumpahkan. Cerita kisah Nabi Ibrahim menjadi santapan telinga kita.

Masakan kita lupa, nabi Ibrahim AS dengan rela hati, tanpa keraguan, menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, apa sahaja yang Allah perintahkan nescaya akan dilaksanakan. Hinggalah tibanya satu ujian, Allah mengarahkan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anak beliau sendiri.

Satu ujian yang berat. Nabi Ibrahim taat, tanpa banyak bicara atau banyak soal. Perintah yang Maha Agung dilaksanakan.

Maka, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dengan kekuasaannya yang tiada siapa dapat menandinginya, telah menukarkan anak Nabi Ibrahim yang ketika itu sedang disembelih oleh Nabi Ibrahim menjadi kibas.

Begitulah serba ringkas kisah yang berlaku ke atas nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Kisah yang menjadi sabab-musabab wujudnya hari kebesaran dalam Islam ini. Kepada semua Umat Islam, Salam Eiduladha diucapkan. Kepada yang bukan Islam, tidak salah untuk menghayati pengertian Haji dan Pengorbanan. Selamat bercuti juga kepada semua.

Kat bawah ni dipaparkan gambar penduduk Islam Taman Sri Layang Mentakab (tempat kediaman saya) yang sedang bergotong-royong melapah daging lembu. Kejadian berlaku di Surau Al-Ikhwan Taman Sri Layang. Alang-alang terlajak, saya nak citer cikit majlis korban yang berlangsung pada pagi tadi.. hehe

Majlis aqiqah dan korban pada tahun ni hanya melibatkan 2 ekor lembu yang terpilih dari kalangan yang terbaik untuk dikorbankan. Lembu2 yang lain tersenyum suka dek kerana terlepas dari kena sembelih.. hehe. Tak seperti tahun2 yang lepas, pada tahun ni bilangan lembu untuk dikorbankan agak sedikit. Majlis bermula pukul sepuluh pagi. Tukang menyembelihnya tidak lain tidak bukan adalah abah saya. Dengan parang yang tajam dan takbir yang memecah kesunyian maka 2 ekor lembu tadi tu telah disembelih dengan penuh kesyahduan.

Selepas tu, kami semua bergotong-royong melapah daging dan kaum ibu pula menyiapkan bahan untuk dimasak. Juadah makan tengahari ialah sup tulang dan daging masak asam pedas. Perghh.. memang masyuk! Respek dengan kehebatan kaum ibu memasak. Memang sedap sehingga menjilat jari. Siap makan, balik rumah, layan mata dan terus tidur dibuai mimpi.

Wallahu'alam..
















Pengorbanan IBRAHIM wajar dicontohi,
ketaatan ISMAIL dijadikan ikutan,
kesetiaan HAJAR lambang kasih sejati,
bersama hayati erti PENGORBANAN MITHALI.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails