Assalamualaikum w.b.t..
Masih belum terlambat sekiranya ana mengucapkan AHLAN WASAHLAN ke Tahun Baru Islam 1431 H. Emm.. barangkali agak lama ana tak update blog ni. Sudah tentu sahabat2 tertanya2 kenapa si syafiq ni tak update2 blog die nih?? Bukannya kerana ketandusan idea untuk menulis tetapi kerana selama tiga minggu yang lepas ana telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak consultant. Semasa berada di sana, talian internet memang tidak ada. Jangan dikatakan talian internet, line telepon pown kejap-kejap ada kejap2 putus. Huhu..
Sebermulanya cuti sem, ana telah didatangi oleh 3 talian program yang mahukan kudrat yang Allah pinjamkan kepada ana yang tidak seberapa ini bersama-sama mengikuti program mereka. Talian yang pertama dari Bintul A'aqilah, SU BIAGA. Beliau mempelawa ana mengikuti beliau ke salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia di Kedah. Talian kedua pula dari Hafiz, beliau juga mempelawa ana mengikuti program yang dijalankan di Jerantut. Talian yang ketiga pula dari pihak Masjid Abu Bakar Temerloh yang mahukan ana mengajar kelas KAFA di masjid tersebut. Talian yang ketiga ini sudah ana ikuti pada cuti sem yang lepas. Haaa.. cube teka program mana yang ana ikuti?? (hadiahnya sebijik gula2 HACKS.. muahaha).
Jeng3!! jawapanya talian yang kedua. Daripada Hafiz. Alhamdulillah.. Allah telah memberikan petunjuk dan jalan yang mana terbaik untuk ana isi masa lapang dalam cuti yang panjang nie. Program ini adalah dibawah kelolaan Ustaz Ahmad Dasuki b. Mohd Rani (seorang pendakwah bebas dan juga businessman yang berjaya). Kem yang diberi nama Kem La Tansa ini berada di Kg Batu Balai, Jerantut. Tak jauh dari rumah ana, hanya sejam perjalanan. Terdapat 3 fasa program yang mana setiap program berjalan selama seminggu pesertanya juga turut berubah. Entri ini akan ana dokumentasikan untuk program yang pertama iaitu Kem Pemantapan Aqidah. Pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dari sekitar Kampung Batu Balai. Ianya bermula pada 30/11 – 5/12/2009.
(Dari Kiri Depan : Redha, Hafiz, Ariff, Ana, Faisal)
Untuk tempat persembunyian fasi muslimat ana tak ambil gambarnya, bimbang keadaannya lebih megharukan anda semua.. huhu
4. Salam perkenalan (sesi taaruf)
Aduhh.. memang penat.. perjalanan kembara ilmu bermula tepat jam 9.00 pagi sehingga sampai ke air terjun keli pada jam 3.00 petang.. 6 jam perjalanan! Masya Allah.. lamenya kita jalan ye.. Apa yang membuatkan saya bersemangat untuk teruskan perjalanan ni adalah disebabkan semangat yang ditunjukkan adik2 yang tidak mudah menyerah kalah walaupun hakikatnya perjalanan kami ini memakan masa 6 jam dan hanya 3 kali berhenti rehat. Ada yang masa perjalanan tadi hanya berkaki ayam disebabkan selipar yang dipakai putus, tapi mereka kuat, memang anak jati kampung. Hebat! sangat hebat! Kali ni abang tabik adik2 semua!! Sampai kami di air terjun keli kami bersihkan diri dan solat Zuhur di atas tanah. Atas jasa baik urusetia, mereka pun menjemput kami menaiki van untuk pulang ke kem.
0 comments:
Post a Comment