BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Thursday, February 25, 2010

Rindu padamu..


Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran:

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya... Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.. '


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi..
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda, 'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

Wednesday, February 17, 2010

Kasut adik basah lagi..

"Itulah die.. cuti bukan main lama tapi baru semalam basuh kasut.. mana sempat kering.. dah la semalam hujan lebat.. nak buat macam mana adik pakai je selipar tu.." ceramah di pagi hari olehku kepada adik.

Assalamualaikum shbt2..

Pe kabare shbt2 sume.. semoga kita sume sihat2 belaka. Peringatan sedikit kepada pengunjung blog ni. Kajian yang dikeluarkan oleh jabatan kaji cuaca menyatakan bahawa Malaysia sedang mengalami musim panas. Tidak ketinggalan di Temerloh antara daerah yang terpanas di Malaysia (huhu.. panas dunia, panas di akhirat entahlah bagaimana dahsyatnya) dengan cuaca mencecah sekitar 35˚C. Oleh itu, kita semua perlu banyakkan meminum air masak. Jika mahukan tubuh sihat, mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan saranan pakar iaitu minum enam hingga lapan gelas besar air sehari. Cubalah, lihat akan kesannya.

Tadika Al-Mu’min destinasi pertama ana pada pagi ni. Antara homework yang awal ana kena buat pada 18/2/2010 iaitu menghantar adik ke tadika, Hehe.. Tulisan ini pun sekadar ana nak hilangkan rasa bosan pada pagi ni. Apabila melihat adik memakai suite tadika Al-Mu’min tu teringat zaman kecik-kecik dulu.

Semangatnya adik2 kita pergi menuntut ilmu

Adik dan Duan di depan pintu sekolahnya

Sejuknye! Pagi-pagi lagi dah kena bangun pergi sekolah. Naik motor dengan Abah (HONDA CUP, SA 3064 J). Pakai helmet yang lebih besar dari kepala sendiri.. Satu jer yang best masa zaman tadika dulu, Abah dan ana belajar di satu tempat yang sama. Wow! Hebat jugak aku ni. Sama-sama grad pulak tu.Tengok dah riak! Hehe.. Time tu Abah ana menuntut di Maktab Perguruan Islam Bangi dan di maktab tu ada tadika. Namanya tadika tu Halimatus As-Sa’diah, di sini sini la ana mendapat pendidikan awal pada tahun 1995. Sudah ditakdirkan, bila umur menginjak 18 tahun 2007 pun ana sekali lagi menjejakkan kaki ke maktab perguruan (sekarang IPG) sebagai guru pelatih.. MasyaAllah! Darah guru mengalir dalam tubuhku.

Kisah tentang kain putih..

Anak-anak itu bersih
Ibarat kain putih
Didiklah kami mengenal Allah
Tuhan yang Maha Esa
Anak-anak itu bersih
Ibarat kain putih
Bimbinglah kami mengenal syurga
Dosa dan pahala

Rumahku syurgaku
Pohon tempatku berteduh
Berkat naungan kasih sayangmu
Ayah juga ibu

Sejuk hati ibu
Tenang jiwa ayah
Mendengar suara-suara anak soleh-solehah
Disini tempat lahirku
Asal-usulku sejak dari kecil

Disini ku di besarkan sehingga dewasa
Mengenal segala
Ku dibelai dan ku di manja
Dengan limpahan rasa cinta

Walau pahit, susah dan payah
Ibu dan ayah
Pengorbanan tak terhingga
Membina istana indah
Kami rasa bangga
Dengan jasa bakti kau curahkan
Kami berdoa
Agar bahagia kekal selamanya

Anak-anak itu bersih
Ibarat kain putih
Didiklah kami mengenal Allah
Tuhan yang maha esa
Hiasilah isi rumahmu
Dengan solat dan ilmu
Baca muqaddam dan al quran
Cerita cerita teladan

Rumahku syurgaku
Pohon tempatku berteduh
Berkat naungan kasih sayangmu
Ayah juga ibu
Sejuk hati ibu
Tenang jiwa ayah
Mendengar suara suara
Anak soleh solehah


Sunday, February 14, 2010

Langkah seiringan.. satu hati.. satu rasa.. satu wadah perjuangan

"Hidup Memerlukan PENGORBANAN, Pengorbanan Memerlukan PERJUANGAN, Perjuangan Memerlukan KETABAHAN, Ketabahan Memerlukan KEYAKINAN, Keyakinan Pula Menentukan KEJAYAAN, Kejayaan Pula Menentukan KEBAHAGIAAN".

Selamat Berjuang

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan





Hari kekasih untuk kekasih

SETIAP tahun pada tanggal 14 Februari, media massa akan mula mengiklankan sambutan Hari Valentine atau Hari Kekasih. Pelbagai acara dianjurkan manakala restoran, hotel, kedai bunga dan sebagainya akan mula mempromosi sambutan Hari Valentine di premis perniagaan mereka.

Dari manakah asal usulnya sambutan perayaan ini? Jika dicari di internet, kita akan menemui versi cerita yang berbeza-beza dan tidak dapat diketahui kisah sohih.

Namun, secara jelasnya kita dapat melihat Hari Valentine bukan daripada ajaran Islam, sebaliknya ia membawa unsur yang merosakkan akidah dan moral umat Islam, khususnya golongan muda.

Hari Valentine adalah budaya dan perayaan yang dikaitkan dengan bukan Islam. Bahkan dalam sebahagian tulisan, dinyatakan ia bidaah yang direka dalam agama Kristian. Dalam sumber lain pula dinyatakan ia berasal daripada kaum Roman kuno dan ditiru oleh pengikut Kristian.

Asasnya di sini, perayaan itu adalah milik bukan Islam, bahkan boleh jadi ia bidaah yang direka dalam ajaran Kristian, sedangkan meniru identiti Ahlul Kitab dilarang, inikan pula meniru bidaah dalam agama mereka.

Dalil mengenai hal ini sangat banyak, antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.” (Hadis riayat Abu Daud Ahmad dan lain-lain. Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud)

Rasulullah SAW sangat tegas untuk berbeza daripada identiti orang kafir, hatta dalam bab keduniaan sekalipun.

Shaikh al-Islam al-Imam Ibn Taimiyyah Rahimahullah menyebut wujud kesepakatan (ijmak) mengenai haram meniru orang kafir dalam perayaan mereka.

Tujuan perayaan ini untuk menyuburkan rasa cinta termasuk dengan bukan Islam. Ini jelas bertentangan dengan Islam. Allah SWT berfirman maksudnya: “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasu-Nya, sekalipun orang itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka” (Al-Mujadilah 58:22)

Kata Ibn Taimiyyah Rahimahullah: “Allah menyatakan kepada kita tiada orang beriman yang akan mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka. Sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat bukan orang yang beriman. Meniru mereka adalah satu daripada bentuk cinta, maka ia adalah terlarang.” (Al-Iqtidha’ 1/490)

Cinta dipromosi melalui Hari Valentine adalah kepada bukan mahram. Ia antara jalan yang mendekatkan kepada zina. Kita dapat lihat bagaimana pada 14 Februari, pasangan bukan mahram asyik berdua-duaan, keluar bersama, merayakan di restoran dan hotel.

Semua ini dilakukan atas alasan menzahirkan rasa cinta, sedangkan perlakuan itu hanya layak dilakukan suami atau isteri kepada pasangannya yang halal, bukan kepada mereka yang bukan mahram.

Allah SWT jelas menerangkan kepada kita agar menjauhi hal yang mendekatkan kepada zina. Firmannya: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk.” (Al Isra’ 17: 32)

Berdasarkan hujah yang dikemukakan di atas, ada beberapa kewajipan yang perlu dimainkan umat Islam dalam isu ini iaitu:

Seorang Muslim tidak boleh menyambutnya atau menyertai orang lain dalam sambutan berkenaan sama ada dengan menghadiri atau membantu mereka yang menyambutnya.

Al-Imam Az-Zahabi menyebutkan: ‘Seandainya orang Kristian dan Yahudi mempunyai sesuatu perayaan yang dimiliki mereka, maka tidak boleh seorang Muslim menyertai mereka (di dalam sambutan itu), sebagaimana dia tidak menyertai mereka dalam agama atau arah kiblat solat.” (Tasyabbuh al-Khasis bi Ahl al-Khamis)

Seorang Muslim tidak boleh membantu sama ada umat Islam atau bukan Islam yang menyambutnya. Ini termasuklah menyediakan tempat sambutan, mengiklankan, menjual barangan yang berkaitan seperti kad ucapan, kek dan lain-lain. Ini kerana ia termasuk di dalam membantu mereka melakukan kemungkaran.

Firman Allah SWT: “Bertolong-tolonglah kamu dalam melakukan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah 5: 2)

Seorang Muslim pelu mengingatkan saudara seagama mengenai larangan menyambut Hari Valentine.Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata: ‘Sebagaimana kita tidak sepatutnya meniru mereka dalam sambutan perayaan, maka kita juga tidak sepatutnya membantu umat Islam yang lain menyambutnya, bahkan dia sepatutnya diperingatkan untuk tidak melakukannya.” (Al-Iqtidha 2/519-520)

Merayakan Hari Valentine adalah pengagungan ke atas lagenda cinta yang dikaitkan dengan hari berkenaan. Sudah jelas kepada kita latar belakang sejarahnya, walau daripada versi mana sekalipun, ia berasal orang bukan Islam.

Related Posts with Thumbnails