BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

.::Ahlan Wasahlan::.

Sunday, December 20, 2009

Kem Pemantapan Aqidah (Fasa 1)

Assalamualaikum w.b.t..


Masih belum terlambat sekiranya ana mengucapkan AHLAN WASAHLAN ke Tahun Baru Islam 1431 H. Emm.. barangkali agak lama ana tak update blog ni. Sudah tentu sahabat2 tertanya2 kenapa si syafiq ni tak update2 blog die nih?? Bukannya kerana ketandusan idea untuk menulis tetapi kerana selama tiga minggu yang lepas ana telah mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak consultant. Semasa berada di sana, talian internet memang tidak ada. Jangan dikatakan talian internet, line telepon pown kejap-kejap ada kejap2 putus. Huhu..

Sebermulanya cuti sem, ana telah didatangi oleh 3 talian program yang mahukan kudrat yang Allah pinjamkan kepada ana yang tidak seberapa ini bersama-sama mengikuti program mereka. Talian yang pertama dari Bintul A'aqilah, SU BIAGA. Beliau mempelawa ana mengikuti beliau ke salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia di Kedah. Talian kedua pula dari Hafiz, beliau juga mempelawa ana mengikuti program yang dijalankan di Jerantut. Talian yang ketiga pula dari pihak Masjid Abu Bakar Temerloh yang mahukan ana mengajar kelas KAFA di masjid tersebut. Talian yang ketiga ini sudah ana ikuti pada cuti sem yang lepas. Haaa.. cube teka program mana yang ana ikuti?? (hadiahnya sebijik gula2 HACKS.. muahaha).

Jeng3!! jawapanya talian yang kedua. Daripada Hafiz. Alhamdulillah.. Allah telah memberikan petunjuk dan jalan yang mana terbaik untuk ana isi masa lapang dalam cuti yang panjang nie. Program ini adalah dibawah kelolaan Ustaz Ahmad Dasuki b. Mohd Rani (seorang pendakwah bebas dan juga businessman yang berjaya). Kem yang diberi nama Kem La Tansa ini berada di Kg Batu Balai, Jerantut. Tak jauh dari rumah ana, hanya sejam perjalanan. Terdapat 3 fasa program yang mana setiap program berjalan selama seminggu pesertanya juga turut berubah. Entri ini akan ana dokumentasikan untuk program yang pertama iaitu Kem Pemantapan Aqidah. Pesertanya terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dari sekitar Kampung Batu Balai. Ianya bermula pada 30/11 – 5/12/2009.


Bagi memastikan program ni berjalan dengan lancar, maka fasilitator dan urusetia masing-masing berbincang untuk melantik AJK sepanjang seminggu program ini berlangsung. Hafiz dipertanggungjawab untuk menjadi ketua fasilitator bersama Fatihah (kalau tak silap la..). Ajk Kerohanian dan kebajikan dipertanggungjawab di atas bahu ana dan juga Basyirah. Jawatan yang lain ana tak berapa ingat. Asif.

1. Penaung Kem La Tansa, Ustaz Ahmad Dasuki Bin Mohd Rani

Ustaz Mat yang dikagumi..

2. Para Fasilitator yang dijemput khas

Para Fasilitator Muslimin & Mulimat
(Dari Kiri Belakang : Fatihah, Nadia, Nabeela, Bahijah, Siti, Basyirah, Norma)
(Dari Kiri Depan : Redha, Hafiz, Ariff, Ana, Faisal)

3. Penginapan Fasilitator dan peserta

Tempat persembunyiaan Fasi Muslimin.. Kg Cowboy yang serba mewah.. hehe
Untuk tempat persembunyian fasi muslimat ana tak ambil gambarnya, bimbang keadaannya lebih megharukan anda semua.. huhu

4. Salam perkenalan (sesi taaruf)

Adik2 yang sentiasa bersemangat.. Masing-masing cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh abang fasi..

5. Sesi LDK

Haa.. nampak tak ade org kt situ.. pakai baju biru berkopiah putih (jangan buat2 tak kenal ye).. hehe.. sebenarnya ana dan Faisal sedang menghandle xtiviti LDK.. punya nak ambil feel, sanggup buat kat tepi sungai.. lebih nyaman dan mententeramkan jiwa.. gambar ni time air sungai ni tak naik lagi.. pernah sekali naik sehingga kawasan khemah biru tu.. dan pengalaman ana mandi di sungai ni tak pernah ana lupakan kerana ana cemas-cemas hanyut dibawa arus deras..

Adik2 muslimat sedang ditaaruf oleh kakak fasi..

Sempat lagi adik kite dua orang tu pandang ke cameraman yang kacak nih.. hehe

6. Muhasabah diri

Sesi muhasabah.. Peserta muslimin menitiskan air mata.. Mungkin atas rasa bersalah terhadap kedua orang tua mereka.. Menangislah wahai adik2ku.. Semoga dirimu tergolong dikalangan anak yang soleh..

Begitu juga dengan peserta muslimat.. teriakkannya lebih hebat dari peserta muslimin.. tidak ketinggalan akak fasi pun tumpang sekaki, menangis berjujuran air mata.. huwaa..

"Ya Allah.. ampunkan dosa Faiz Ya Allah.. dosa ibu bapa Faiz yang membesarkan Faiz dari kecil sehingga Faiz besar Ya Allah.." bisik hati adik Faiz yang dirundum kesedihan.

7. Amali wudu' dan solat

Time ni ana sedang mengajar adik Amy mempraktikkan teori wudu' yang dipelajari dalam bentuk amali.. Tuhan saja yang tau bila ana mengajar si Amy sorang nih.. Amy sorang istemewa, jadi ana memberikan perhatian lebih kepada dia.. Moga Amy akan lebih mahir dan tertib mengambil wudu' dan solat..

Khusyuk betul adik kite nih.. "Buat molek2 Shahrul.. silap siket abang potong markah amali kau ni.." Leter Ariff

8. Kuliah zikir bersama Ustaz Zamani

Alunan zikir Ustaz Zamani amat meruntun jiwa ana.. sehingga sekarang suara Ustaz mengalunkan zikir masih terngiang-ngiang lagi di telinga ana.. antara zikir yang dapat ana kuasai cikit2 contohnye Allah.. Allah, Tubna Ya Allah, Waraja'na Ya Allah, Wanadimna Ya Allah, Allah Ya Allah, Hasbi Robbi, Assolatuwassalam, Ya Amanal khoifin dll.. Perkataan atau sebutannya memang mudah tapi nak menghafal iramanya yang agak sukar dikuasai kerana banyak jenis lagu yang diajar oleh Ustaz.. Zikir ini sebenarnya akan lebih menyentuh perasaan apabila kita mengalunkannya dengan sepenuh hati dengan ada iramanya yang tersendiri.. Kalau tak percaya cuba sahabat2 semua praktis.. InsyaAllah sgt menenangkan jiwa yang sedang gundah gulana..

9. Kembara ilmu

Warm up!

Haha.. sempat memberikan post sebelum meredah hutan belantara.. Hutan yang kami akan lalui ni sama taraf dengan hutan "Black Forest" kat Jerman.. Kita tengok sapa yang mampu redahinya!

Antara halangan awal.. Nampak perkasa sungguh abang yang baju hitam tuu..

Udin dengan gaya rambo! masing2 kena sapu bedak sejuk kat muka.. sampai fasi2 pon kena gak.. hilang cket2 jerawat kat muka nih.. muahaaha...

Meh cini akak sapukan gel pencegah sinaran UV.. nanti Mira tak kan kena panau.. (ade kaitan ke.. ntahlah.. hentam saja lah labu..)

Hasibah sedang meniti titi.. Meniti molek2 deh..

Kami berjaya!!

Derahnyo air nie.. nak cabuk suar ambo..

"Kak.. tolong Mira.. Mira takut.. ada buaya dalam sungai nie.. huhu.."

Hebat adik muslimat.. barang amanah "biskut" yang diberikan masih elok lagi..

Kami berada di puncak Gunung Kinabalu..!

Aduhh.. memang penat.. perjalanan kembara ilmu bermula tepat jam 9.00 pagi sehingga sampai ke air terjun keli pada jam 3.00 petang.. 6 jam perjalanan! Masya Allah.. lamenya kita jalan ye.. Apa yang membuatkan saya bersemangat untuk teruskan perjalanan ni adalah disebabkan semangat yang ditunjukkan adik2 yang tidak mudah menyerah kalah walaupun hakikatnya perjalanan kami ini memakan masa 6 jam dan hanya 3 kali berhenti rehat. Ada yang masa perjalanan tadi hanya berkaki ayam disebabkan selipar yang dipakai putus, tapi mereka kuat, memang anak jati kampung. Hebat! sangat hebat! Kali ni abang tabik adik2 semua!! Sampai kami di air terjun keli kami bersihkan diri dan solat Zuhur di atas tanah. Atas jasa baik urusetia, mereka pun menjemput kami menaiki van untuk pulang ke kem.

Emm.. rasanya sampai disini saja coretan ana bagi Kem Pemantapan Aqidah (Fasa 1) ni. Banyak lagi aktiviti dan pengisiaan yang ana tidak masukkan dalam entri ni disebabkan masa yang tidak mengizinkan. InsyaAllah, jika berkesempatan ana akan tokok tambah lagi entri ni. Mana yang baik datangnya dari Allah dan yang lemah itu datang dari diri ana sendiri.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails